.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

Information Site of HafizFC

Salam.. hye guysz... Don't forget to give all your support to Hafiz.. request 'Masih Jelas' and vote that song to be Top3 in all charts.. Very Happy

November 2009

MonTueWedThuFriSatSun
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Calendar Calendar

Who is Online ?

In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None


[ View the whole list ]


Most users ever online was 17 on Mon 25 May 2009, 11:23 pm

Hafiz!!!

Photobucket

Vote @ ERA

Request Hafiz Song at ERA.FM
Type ERAPDE [space] MASIH JELAS
sent to 32555
Call 03-95433355
to request on air
or Login to www.era.fm

Masih Jelas

Latest topics

» Seronok jadi Ben 10 - Berita Harian 24/11/2009
Tue 24 Nov 2009, 8:38 am by angahoni

» Selamat Hari Raya-HAFIZ
Fri 06 Nov 2009, 11:40 am by angahoni

» Masih Jelas-HAFIZ
Fri 06 Nov 2009, 11:38 am by angahoni

» Hafiz, Akim, Aril, Black Mentor di Pelancaran Brands Generasi Hebat
Fri 06 Nov 2009, 11:35 am by angahoni

» wallpaper & banner
Tue 22 Sep 2009, 3:55 pm by madie15

» kenapa anda suka hafiz?
Tue 22 Sep 2009, 3:49 pm by madie15

» Muzikal Raya Bintang AF7 Menghiburkan!
Tue 22 Sep 2009, 3:43 pm by madie15

» PIC SEKITAR MAJLIS IFTAR APIZ.
Tue 22 Sep 2009, 2:03 am by eymah

» HAFIZ PANDAI MASAK
Sun 06 Sep 2009, 7:32 am by angahoni

Chat Jom!!!

Kipas HFC

 

Assalamualaikum...

haloo semua Hafiz fanz...

Admin ada 20unit kipas tangan Hafiz.. Jangan lepas kan peluang anda...

mari dapatkan Kipas Tangan ini...

Harga : RM6.00 (tak termasuk kos penghantaran)

cara pengambilan bisa dirunding.. buleyh pos atau ambil sendiri dengan Admin.. atau buleyh juga dapatkan nya semasa IFTAR BERSAMA HAFIZ nanti... jum jum jum!!! sapa yang berminat untuk mendapatlkannya buleyh laa sms Admin di talian 012-9438825 sms nama, jumlah yang dikehendaki dan alamat.. Jom!!! cepat dapatkan sebelum terlambat..

~myrapeace~

Muzikal Raya Bintang AF7 Menghiburkan!

Thu 13 Aug 2009, 7:56 am by angahoni

credit to: Murai Online


Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Yunos



KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2009: Setiap tahun, program raya bintang Akademi Fantasia (AF) sering dinantikan peminat. Tahun ini, penerbit dan pengarah program ASTRO, Irwan Rauf, telah mencipta kelainan dengan menghasilkan sebuah drama ala muzikal yang menampilkan 14 bintang AF7 sebagai teraju utama.

Irwan yang ditemui murai.com.my di Merlimau, Melaka, baru-baru ini berkata, sebelum ini konsep rumah terbuka banyak menampilkan sketsa pendek dan disebabkan bakat 14 bintang AF7 juga pandai menyanyi, menari dan berlakon, jadi ia amat bersesuaian dengan konsep drama ala muzikal itu.

"Drama ini kita namakan sebagai Rumah Terbuka Akademi Fantasia 7 - Raya Kilang Berapi. Ia bukanlah drama muzikal sepenuhnya yang mana dialog dijadikan lagu. Cuma untuk drama ini, kami menggunakan beberapa lagu yang sedia ada dan yang sudah dipersembahkan setiap pelajar dalam konsert seperti Di Bawah Pohon Asmara (Adila), Jat Da Da (Isma), Abang Beca (Obri & Rini), Untukmu (Zizi, Aishah dan Claudia) dan Toyol (Hafiz)," jelas Irwan.

Untuk babak terbesar iaitu lagu Biduanita Saloma, Selamat Hari Raya, ia dinyanyikan semula oleh 14 bintang AF7 itu dengan teknik penggambaran yang unik. Irwan menjelaskan bagi babak ini, dia menggunakan teknik One Take Sequence di mana tiada cut atau potongan dibuat.

"Teknik ini digunakan untuk menunjukkan kemeriahan sambutan beraya. Kami rakam babak ini tanpa putus iaitu secara terus-menerus di mana setiap artis sudah bersedia di tempat yang ditetapkan. Selain teknik ini, kami juga akan menggunakan special effects seperti kelapa terbang," kata Irwan.

Sementara itu, Rumah Terbuka Akademi Fantasia 7 - Raya Kilang Berapi turut mengundang beberapa orang tenaga pengajar iaitu Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Aris sebagai cameo. Malah, hos Diairi EXT, Reza Mohamad dan wartawan hiburan yang sinonim dengan AF, Joe Lee, turut diundang sama.

Rakaman program ini telah diadakan selama seminggu bermula 27 Julai hingga 2 Ogos 2009 di Merlimau, Melaka. Program ini bakal ditayangkan selama 2 jam pada hari raya kedua nanti bermula jam 10 pagi - 12 tengah hari.


Menarik tentang Rumah Terbuka AF7 -Raya Kilang Berapi


1. Qhaud memegang 2 watak iaitu sebagai orang tua (Atuk) dan gangster kampung (Brother Q).

2. Pada asalnya, watak Brother Q adalah Brother T yang sepatutnya dipegang oleh Principal Tiara. Pun begitu, Principal Tiara tidak dapat turun padang disebabkan komitmen kerja yang lain.

3. Hafiz, Aril dan Akim menjadi adik-beradik tetapi watak Hafiz seorang anak yang manja dan sering dibuli Akim dan Aril.

4. Yazid, Obri dan Sidi juga adik beradik. Mereka merupakan anak kepada Cikgu Aris yang memilik sebuah mini market.

5. Zizi, Claudia dan Aishah merupakan 3 beradik dan anak kepada Isma. Isma juga memegang 2 watak iaitu ibu Claudia, Aishah dan Zizi serta anak Cikgu Siti Hajar yang bernikah dengan seorang Datuk.

6. Adila pula memegang watak seorang perempuan gedik yang menaruh perasaan pada Aril. Adila adalah adik kepada Isma.

7. Selain menjadi adik beradik kepada Yazid dan Sidi, Obri juga memegang watak ayah kepada Rini dan Rubisa.

8. Sewaktu babak konsert di kampung, props penggambaran telah terbakar akibat terkena pelita minyak tanah. Namun syukurlah tiada sesiapa yang tercedera.

9. Majoriti kesemua 14 bintang AF7 telab diserang demam (yang pasti bukanlah H1N1) tetapi mereka tetap mempamerkan lakonan yang mantap.

10. Produser terpaksa menghabiskan kesemua babak yang melibatkan Hafiz, Aril dan Akim kerana Aril dan Akim terpaksa bergegas ke Jakarta untuk projek drama muzikal pula di sana.

11. Hafiz pula terpaksa patah balik semula ke lokasi selepas mengadakan show Gempak Selebriti Astro untuk rakaman video klip lagu Toyol.

12. Untuk video klip Toyol, Sidi, Obri dan Sidi melakonkan watak Toyol dan seluruh badan mereka diwarnakan dengan cat hijau!

13. Sepanjang rakaman, lokasi penggambaran tidak putus-putus didatang peminat fanatik AF7 yang mahu bergambar dengan bintang kesayangan.

14. Selain menjadi pelakon, Cikgu Aris merupakan koreografer bagi semua video klip dalam drama ini. Jadi anda semua harus nantikan drama ala muzikal yang sungguh menarik ini.


Statistics

Our users have posted a total of 815 messages in 101 subjects

We have 379 registered users

The newest registered user is VIVA ON 17

Hafiz The Best!!

Photobucket

hafiz :D

Photobucket

.::Masih Jelas::.

Current date/time is Sat 28 Nov 2009, 2:11 am