.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

Join the forum, it's quick and easy

.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

.:Hafiz-FC:.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Information Site of HafizFC

Salam.. hye guysz... Don't forget to give all your support to Hafiz.. request 'Masih Jelas' and vote that song to be Top3 in all charts.. Very Happy

    Seronok jadi Ben 10 - Berita Harian 24/11/2009

    angahoni
    angahoni
    moderator
    moderator


    Posts : 111
    Join date : 18/05/2009
    Age : 58
    Location : Selangor & Perak

    Seronok jadi Ben 10 - Berita Harian 24/11/2009 Empty Seronok jadi Ben 10 - Berita Harian 24/11/2009

    Post by angahoni Tue 24 Nov 2009, 8:38 am

    credit to: Nurulhisham Abdul Latiff
    nurul@bharian.com.my
    Seronok jadi Ben 10 - Berita Harian 24/11/2009 Mainpi12

    Juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz pinjamkan suara kepada watak Ben Tennyson menerusi saluran Cartoon Network Sabtu ini


    MEMINJAM suara artis popular tempatan untuk tujuan alih bahasa sesebuah rancangan terkenal bukanlah perkara asing. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, formula menggunakan bakat suara pelakon mahupun penyanyi tanah air semakin terserlah, berikutan kewujudan lebih banyak saluran televisyen.

    Daripada program kartun sehinggalah filem luar antarabangsa, artis tempatan berpeluang mengutip pengalaman berbeza apabila diberikan ruang merakam kembali dialog dalam bahasa Melayu untuk tujuan tayangan tempatan. Sedikit sebanyak, populariti yang dimiliki bakal memberikan tempias kepada program terbabit.

    Terbaru, juara Akademi Fantasi musim ketujuh (AF7), Hafiz, dipilih meminjamkan suaranya untuk watak Ben Tennyson dalam filem Ben 10 Alien Swarm, yang bakal menemui penonton buat julung kali menerusi saluran Cartoon Network, 6 petang, 28 November ini.

    Ia muncul program pertama daripada saluran berkenaan yang menampilkan penyanyi popular negara ini sebagai bakat suara mereka untuk filem aksi.

    Menurut Hafiz, Ben 10 Alien Swarm ialah pengalaman sulungnya memasuki studio untuk meminjamkan suaranya kepada mana-mana watak atau rancangan popular.

    Seronok jadi Ben 10 - Berita Harian 24/11/2009 Mainpi13
    HAFIZ mengenakan jaket hijau Ben 10 sepanjang rakaman diadakan.

    "Tentu sekali ia pengalaman yang cukup manis dan menyeronokkan buat saya. Pada dasarnya proses itu kelihatan agak mudah. Tetapi, jika diingat semula, ia sebuah proses yang agak sukar apabila kita bukan hanya bercakap, sebaliknya perlu disertakan dengan lenggok pengucapan pelbagai rentak dan emosi.

    "Perkara paling sukar ketika rakaman dilakukan adalah untuk saya menyebut beberapa nama makhluk asing yang wujud dalam filem berkenaan," katanya ketika ditemui di The Gardens, Mid Valley City, baru-baru ini.

    Rakaman membabitkan Hafiz hanya memakan masa selama dua hari, dengan setiap hari memerlukan dia berada di studio selama lima hingga enam jam.

    "Jika peminat hendak tahu, bagi mendapatkan mood sebagai wira filem itu, saya mengenakan jaket hijau Ben 10 sepanjang rakaman diadakan," katanya yang membuat sedikit kajian mengenai siri kartun terkenal itu sebelum melangkah masuk ke studio sekitar September lalu.

    Menganggap pemilihannya sebagai sebahagian projek alih bahasa itu sebagai pengiktirafan Cartoon Network terhadap bakat yang dimiliki artis Astro Entertainment Sdn Bhd, Hafiz mengaku dia menerima tawaran berkenaan kerana watak Ben sendiri menjadi ikon kegemaran kanak-kanak seluruh dunia.

    "Apatah lagi saya sendiri memang sukakan kanak-kanak. Jadi, apabila saya berpeluang membabitkan diri dalam projek ini, saya berharap tuah itu dapat dirasakan juga oleh saya," katanya sambil memberitahu, siri kartun Ben 10 menjadi rancangan kegemaran ramai anak saudaranya.

    Kata penyanyi Masih Jelas itu lagi, meminjamkan suara untuk filem terbabit turut menjadi pengalaman seni yang amat berlainan baginya sejak bergelar penyanyi, kira-kira setengah tahun yang lalu. Dia juga tidak keberatan untuk terus bergiat dalam bidang alih suara jika menerima projek yang bersesuaian.

    Malaysia akan menjadi sebahagian daripada fenomena global yang akan menakluki dunia hujung bulan ini apabila Cartoon Network meraikan tayangan perdana sedunia Ben 10 Alien Swarm, filem aksi hebat berkisar mengenai pengembaraan remaja lelaki yang boleh bertukar menjadi makhluk asing, Ben 10.

    Cerita bermula apabila anggota Plumbers (sebuah organisasi rahsia yang melawan kuasa makhluk asing), Ben membantu Elena, gadis misteri dari masa lampau, membongkar ancaman makhluk asing di dunia.

    Ben 10 Alien Swarm dibintangi Ryan Kelley, Galadriel Stineman, Nathan Keyes, Alyssa Diaz dan Barry Corbin. Ia diarahkan Alex Winter, manakala skripnya dihasilkan John Turman.

      Current date/time is Mon 29 Apr 2024, 4:54 pm