.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

Join the forum, it's quick and easy

.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

.:Hafiz-FC:.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Information Site of HafizFC

Salam.. hye guysz... Don't forget to give all your support to Hafiz.. request 'Masih Jelas' and vote that song to be Top3 in all charts.. Very Happy

4 posters

    Syoknya Berhibur Di Pekan, Pahang!

    angahoni
    angahoni
    moderator
    moderator


    Posts : 111
    Join date : 18/05/2009
    Age : 58
    Location : Selangor & Perak

    Syoknya Berhibur Di Pekan, Pahang! Empty Syoknya Berhibur Di Pekan, Pahang!

    Post by angahoni Fri 12 Jun 2009, 3:52 pm

    credit to: Razif Rosdi (murai.com.my)
    Foto oleh Zuha Zakaria
    Syoknya Berhibur Di Pekan, Pahang! 1510
    Kunjungan rombongan Jelajah 11 Era Bersama Perodua ke Pekan, Pahang pada 30 Mei 2009 lalu meninggalkan memori yang indah buat semua artis yang menyertainya. Kenangan ini membuatkan mereka mahu turun lagi ke sana pada masa akan datang jika diberi peluang.


    Pelbagai cerita dan ragam telah berlaku sebelum, sepanjang dan selepas konsert itu boleh dikongsi dengan anda semua. Jangan lupa minggu ini, Sabtu, 13 Jun 2009, rombongan artis dan krew ERA akan bergerak ke Taiping, Perak pula.


    Artis minggu ini di Taiping adalah Estranged, Hujan, Dafi, Alyah, Sepah, Liyana Jasmay, Ahli Fiqir dan Acha Septriasa. Mereka akan menyanyikan lagu popular masing-masing. Inilah masanya untuk anda bergambar dan mendapatkan tandatangan daripada mereka. Jumpa di sana!

    Catatan 30 Mei 2009


    • Sepanjang perjalanan, Adi Fashla tak habis-habis menyanyikan lagu dengan bermain gitar yang dibawanya sendiri.
    • Selain Adi, Reza pula tak henti-henti bercerita dan membuat lawak sehingga membuatkan Zul 2 By 2 tergelak besar.
    • Zul bangga kerana memakai baju murai.com.my sehingga ada yang menganggap Zul krew portal ini.
    • Selain Zul dan Isma yang selalu bersama, Burn juga ambil peluang ini untuk mengenalkan aweknya Sabrina kepada semua team yang mengikuti rombongan itu.
    • Sewaktu berhenti rehat makan, Aril sempat menjenguk sebuah gerai telefon untuk mengetahui cara menggunakan i-phone baru miliknya.
    • Pada waktu malam, kesemua penyampai ERA bersama Hafiz dan Aril sempat menikmati hidangan makanan laut di gerai yang menggunakan bunting ERA FM sebagai penghias dinding restoran berkenaan.
    • Selepas habis makan malam, Hafiz sempat menjengah seketika Facebook peribadinya untuk mengemaskini aktivitinya.


    Catatan 31 Mei 2009


    • Sewaktu makan tengah hari di sebuah pusat beli-belah, Hafiz dan Aril dikejar peminat yang mahu bergambar dengan mereka. Lalu, Aril dan Hafiz terpaksa makan bersembunyi di salah sebuah restoran makanan Jepun.
    • Selepas makan tengah hari, Hafiz terpaksa bergegas pulang ke hotel untuk bersedia bagi rakaman program Menuju Puncak.
    • Sebelum sampai ke lokasi konsert di Pekan Pahang, rombongan singgah di tempat penginapan Hj Aznil Hj Nawawi yang tidak jauh dari tapak konsert.
    • Tiba saja di khemah menunggu, kebanyakan artis terus melantak makanan yang disediakan. Sampai tak cukup makan.
    • Atas permintaan peminat, Hafiz dan Mila diminta menyanyi lagu Terlanjur Cinta dari Rossa dan Pasha Ungu yang pernah dinyanyikan sewaktu konsert AF 7 lalu.
    • Sepanjang menunggu giliran, Hafiz dan Mila berlatih dengan mendengar semula lagu berkenaan agar tak lupa lirik.
    • Tiba di lokasi, Isma terus mendandan diri dan membantu Aril dan Hafiz untuk berdandan. Selain itu, Isma juga berduet dengan Zul dengan lagu Kau Mawarku.
    • Selepas tamat konsert, seorang ibu meminta Hafiz untuk bergambar dengan anaknya yang sama rambut seperti Hafiz. Untuk tidak mengecewakan si ibu itu, Hafiz mendukung dan bergambar dengan kanak-kanak itu walaupun diberi arahan cepat disebabkan bas sudah mahu bertolak.
    • Sepanjang perjalanan pulang, Hafiz letih dan tidak sedarkan diri. Begitu juga dengan artis lain kerana terlalu penat.
    • Seorang peminat lelaki kepada Isma memujuk Isma supaya memberikan nombor telefonnya. Waktu itu, Zul hanya mampu melihat dan tersenyum lebar.
    • Salah seorang anggota band yang mengiringi persembahan Aizat terjatuh di belakang pentas sewaktu ingin bersiap sedia.

    Syoknya Berhibur Di Pekan, Pahang! 1610
    Syoknya Berhibur Di Pekan, Pahang! 1710
    Syoknya Berhibur Di Pekan, Pahang! 1810
    baby syirah
    baby syirah
    Senior Member
    Senior Member


    Posts : 85
    Join date : 19/05/2009
    Age : 33
    Location : klang

    Syoknya Berhibur Di Pekan, Pahang! Empty Re: Syoknya Berhibur Di Pekan, Pahang!

    Post by baby syirah Fri 26 Jun 2009, 11:35 am

    comel gle..
    tq angah....
    avatar
    babyafizz
    newbies
    newbies


    Posts : 7
    Join date : 24/05/2009

    Syoknya Berhibur Di Pekan, Pahang! Empty Re: Syoknya Berhibur Di Pekan, Pahang!

    Post by babyafizz Fri 03 Jul 2009, 7:49 am

    best lah..klu la dapat join semua aktiviti hafiz ni kan best..huahuahua I love you
    avatar
    ilyani0501
    newbies
    newbies


    Posts : 4
    Join date : 07/07/2009
    Age : 31
    Location : alor star,belah utara

    Syoknya Berhibur Di Pekan, Pahang! Empty Re: Syoknya Berhibur Di Pekan, Pahang!

    Post by ilyani0501 Tue 07 Jul 2009, 5:34 pm

    hoho...-peace- afro

    Sponsored content


    Syoknya Berhibur Di Pekan, Pahang! Empty Re: Syoknya Berhibur Di Pekan, Pahang!

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Wed 15 May 2024, 10:46 pm