.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

Join the forum, it's quick and easy

.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

.:Hafiz-FC:.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Information Site of HafizFC

Salam.. hye guysz... Don't forget to give all your support to Hafiz.. request 'Masih Jelas' and vote that song to be Top3 in all charts.. Very Happy

    HAFIZ, WANA TERHARU DI PERTEMUKAN

    angahoni
    angahoni
    moderator
    moderator


    Posts : 111
    Join date : 18/05/2009
    Age : 58
    Location : Selangor & Perak

    HAFIZ, WANA TERHARU DI PERTEMUKAN Empty HAFIZ, WANA TERHARU DI PERTEMUKAN

    Post by angahoni Wed 15 Jul 2009, 9:17 am

    credit to: Razif Rosdi (www.murai.com.my)
    HAFIZ, WANA TERHARU DI PERTEMUKAN Murai113

    Pertemuan antara 2 juara program realiti TV, Mohd Hafiz Suip, 19; atau Hafiz (Juara Akademi Fantasia 7) dan Noriezuana Syed Shafudin, 23; atau Wana (Juara Mystarz LG 2) membuktikan bahawa mereka tidak pernah bermusuhan walaupun ada desas-desus mengatakan kedua-dua juara ini saling bersaing.

    Kemesraan terpancar pada gerak tubuh mereka mereka apabila dipertemukan khas oleh murai.com.my dalam satu fotosesi khas di Kajang, Selangor, baru-baru ini. Dengan konsep Bangsawan Eropah era Rennaisance yang diilhamkan oleh penulis, Hafiz buat pertama kalinya telah ditransformasikan rambutnya menjadi lurus.

    "Memang lain daripada yang lain fesyen begini. Ini pertama kali Hafiz buat fotosesi gempak macam gini. Jadi, macam mana, bila rambut Hafiz dah lurus ni nampak OK ke?" kata Hafiz. Wana cuma ketawa sambil mencari pose yang sesuai untuk lensa kamera.

    Tentang gosip mereka bersaing, Wana berkata, "Kami bersaing secara sihat. Industri kita tidaklah besar mana dan kami sebagai artis pelapis akan sama-sama berganding bahu mencorakkan dunia hiburan kita."

    Mengulas tentang Hafiz pula Wana berkata lagi: "Wana perhatikan, perangai Hafiz masih ada sifat kebudak-budakan tapi bila kerja dia matang dan profesional. Wana suka dengan vokal Hafiz yang hebat menyanyi dengan feel. Kalau di beri peluang, Wana teringin juga nak berduet dengan Hafiz."

    Bagi Hafiz, Wana seorang yang peramah dan suka bertukar-tukar pendapat. Hafiz akui memang tak sempat tengok Mystar LG, tapi dah dengar banyak cerita tentang kehebatan Wana. Setahu Hafiz, Wana juga pernah mencuba nasib dalam AF6 dulu dan terbukti rezekinya ada dalam Mystar LG."


    Hafiz Nafi asyik dikongkong keluarga

    Menyambung cerita tentang kariernya, Hafiz makin seronok selepas 2 bulan menjadi Juara AF7. Puncak kegembiraannya ialah album solonya akan dilancarkan pada 14 Julai ini.

    "Hafiz gembira kerana undangan menyanyi semakin mencurah-curah. Paling mendebarkan album Hafiz akan dilancarkan pada 14 Julai ini selepas tertangguh pada 7 Julai lalu. Hafiz minta maaf dan harap semua peminat bersabar," katanya.

    Menyentuh soalan sensasi iaitu dia terus dikongkong keluarganya, Hafiz menjawab: "Itu adalah tanggapan yang salah atau salah faham. Bagi Hafiz, restu keluarga sangat penting buat Hafiz dan takkanlah semudah itu Hafiz mengenepikan keluarga selepas menjadi artis.

    "Mungkin perkataan yang lebih tepat adalah keluarga mengambil berat. Maklumlah dunia hiburan masih baru dengan Hafiz dan mak ayah Hafiz mahu pastikan Hafiz berada dalam keadaan yang OK," ujarnya yang terharu dengan keperihatinan peminat terhadapnya sejak dalam AF7 lagi.


    Wana cuma kawan dengan Hairi

    Walaupun masih baru menjadi penyanyi, Wana sudah terkena gosip dengan rakan seperjuangan dalam Mystar LG iaitu Hairi. Pun begitu, Wana juga baru saja tamat proses rakaman lagu untuk album solonya di bawah label Warner Music.

    "Sebenarnya, Wana dan Hairi sekadar teman rapat saja. Masa kami bersama-sama dalam program itu, kami sering bantu membantu. Wana juga rapat dengan Nasriq dan Feroq. Sampai sekarang kami semua masih berhubungan," kata Wana yang album solonya juga akan muncul Julai ini.

    Dalam album itu, Wana ada duet dengan Nashriq (Naib Johan Mystar LG2) menerusi lagu Kita Bersama. Single pertama Wana pula bertajuk Orang Biasa yang dicipta oleh Lah dan Zaf VE bersama Adeep Fabulous Cats. Muziknya bercorak reggae.

    "Ia hanya mini album saja. Ada 5 lagu baru semuanya. Selain mereka bertiga, ada banyak lagi komposer yang terlibat iaitu Audi Mok, Kunci Demak dan Acap Pretty Ugly (suami Sharifah Aleya).

    HAFIZ, WANA TERHARU DI PERTEMUKAN Murai211HAFIZ, WANA TERHARU DI PERTEMUKAN Murai311
    HAFIZ, WANA TERHARU DI PERTEMUKAN Murai611HAFIZ, WANA TERHARU DI PERTEMUKAN Murai411
    HAFIZ, WANA TERHARU DI PERTEMUKAN Murai910HAFIZ, WANA TERHARU DI PERTEMUKAN Murai110
    HAFIZ, WANA TERHARU DI PERTEMUKAN Murai111HAFIZ, WANA TERHARU DI PERTEMUKAN Murai112

      Current date/time is Wed 15 May 2024, 1:33 pm