.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

Join the forum, it's quick and easy

.:Hafiz-FC:.

Selamat Datang ke Information site of HafizFC

.:Hafiz-FC:.

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Information Site of HafizFC

Salam.. hye guysz... Don't forget to give all your support to Hafiz.. request 'Masih Jelas' and vote that song to be Top3 in all charts.. Very Happy

3 posters

    Hafiz Kongsi Album

    angahoni
    angahoni
    moderator
    moderator


    Posts : 111
    Join date : 18/05/2009
    Age : 58
    Location : Selangor & Perak

    Hafiz Kongsi Album Empty Hafiz Kongsi Album

    Post by angahoni Thu 16 Jul 2009, 8:40 am

    credit to: Syaliza Shapiansuri (www.gua.com.my)
    Hafiz Kongsi Album 4a8ea510
    Selepas muncul juara rancangan realiti Akademi Fantasia 7 (AF7), nama Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz seakan hilang. Tidak seperti bekas juara sebelum ini, Hafiz antara pemenang yang kurang menonjol sejak program realiti itu berakhir 16 Mei lalu.

    Percaya kepada setiap individu telah dijanjikan rezeki-Nya, Hafiz tidak pernah berkecil hati dengan populariti yang diraih rakan-rakan lain lebih berbanding dirinya selaku juara. Jelas anak kelahiran Kuching, Sarawak ini, dia sudah bersedia untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier nyanyian yang baru saja bermula.

    Menjadi tradisi AF, setiap juaranya tampil dengan album solo, Hafiz terpaksa menerima hakikat album solo pertamanya ‘Masih Jelas’ dikongsi bersama rakan AF7, Aril, Akim, Yazid dan Isma.

    “Saya tak kisah pun berkongsi album dengan finalis lain. Bagi saya kehadiran rakan-rakan lain dapat memeriahkan album ini,” katanya.

    Merakamkan lima lagu ciptaan komposer ternama seperti M Nasir, Ajai dan Aidit Alfian, Hafiz bersyukur mendapat sentuhan nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan untuk album ‘Masih Jelas’.

    “Jujurnya Hafiz berpuas hati dengan lagu-lagu yang terkandung dalam album ini. Kesemua lagu-lagu ini mempunyai aliran muzik yang saya gemari iaitu pop, R&B dan balada,” tambahnya.

    Anak muda ini mengakui mengutip pengalaman menyanyi secara langsung dan ketika rakaman. Kedua-duanya mempunyai perbezaan dan dia banyak belajar ketika proses rakaman.

    “Banyak juga yang saya pelajari ketika proses rakaman. Malah, seringkali mendapat teguran daripada komposer, namun pengalaman itu saya kutip sebagai persediaan bergelar penyanyi profesional,” katanya yang mengakui lagu “Awan Nano” ciptaan M Nasir antara lagu paling mencabar sepanjang menjalani proses rakaman.

    Walaupun muncul dengan lima lagu sahaja, Hafiz percaya, peluangnya untuk terus berada di persada industri hiburan tempatan masih panjang biarpun namanya kurang menyerlah berbanding finalis lain.

    “Saya tak kisah andai diri kurang menonjol berbanding rakan-rakan lain. Malah sejak keluar AF, saya banyak mengadakan persembahan sekitar Sarawak,” jelas Hafiz.

    Berlakon dan belajar
    Sejak mendapat restu keluarga untuk memasuki AF, Hafiz menangguhkan sementara pengajiannya di sebuah kolej universiti di Kuching. Niatnya mahu menyambung semula pengajian yang tertangguh selepas muncul juara AF7.

    “Sebelum menyertai AF, saya belajar pengurusan hotel di sebuah kolej di Kuching. Demi minat kepada bidang nyanyian, saya tangguhkan pengajian untuk tempoh setahun. Selepas ini saya berharap sangat dapat menyambung semula pengajian yang tertangguh di Kuala Lumpur sahaja,” jelasnya yang sudah menamatkan semester kedua pengajian.

    Selain menyanyi, Hafiz tidak mahu membataskan kegiatan seninya dengan satu bidang sahaja. Selepas muncul sebagai pengacara ‘Menuju Puncak’, rancangan khas mengenai kehidupannya serta finalis AF lain, Hafiz bersedia terjun ke bidang pengacaraan dan lakonan.

    “Seronok juga jadi pengacara, namun saya akui banyak yang perlu dipelajari untuk menambah ilmu sebagai pengacara. Saya juga akan menimbangkan untuk terjun ke bidang lakonan andai diberi peluang,” jelasnya lagi.
    avatar
    kak ju
    newbies
    newbies


    Posts : 2
    Join date : 14/06/2009

    Hafiz Kongsi Album Empty Re: Hafiz Kongsi Album

    Post by kak ju Mon 20 Jul 2009, 10:15 pm

    salam semua,
    tahniah buat hafiz krn berjaya menghasilkan debut albumnya. saya slh seorang peminat hafiz dan dh tentu teringin utk mendapatkn albumnya..sy tinggal di taiping,perak..sy dh cuba cari tp x jmpa lg (mungkin belum ada di pasaran bg kawasan sya)..hmm agk2 boleh ke album hafiz ni didapati secara online..(maaf ye kalu ayt mcm kelam kabut komputer ni problem ckit).
    nora
    nora
    newbies
    newbies


    Posts : 5
    Join date : 24/06/2009
    Age : 31
    Location : klang, selangor, msia

    Hafiz Kongsi Album Empty Re: Hafiz Kongsi Album

    Post by nora Thu 13 Aug 2009, 11:48 pm

    good luck to hafiz!!!
    kita sume akan sntiasa sokong apiz!!
    muahmuahmuahx!!!!

    Sponsored content


    Hafiz Kongsi Album Empty Re: Hafiz Kongsi Album

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Thu 16 May 2024, 12:56 am